RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran :
|
Bahasa Melayu
|
Kelas :
|
Tahun Tiga Bakawali
|
Tarikh :
|
06 Oktober 2011
|
Masa :
|
1020 – 1120 pagi
|
Tema :
|
Tatabahasa
|
Tajuk :
|
Pantun Nasihat
|
Bilangan Murid :
|
36
Orang
|
Hasil Pembelajaran :
|
Fokus Utama
5.2
Aras
2
i.
Membaca
lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang
betul.
Fokus Sampingan
8.2
Aras
1
i.
Membina
ayat tunggal berdasarkan pelbagai bahan rangsangan yang diberi.
|
Objektif
Pembelajaran :
|
Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1)
Membaca pantun empat kerat dengan sebutan,
intonasi dan gaya yang betul.
2)
Membina 4 ayat tunggal yang lengkap
berdasarkan kata adjekitf yang diberikan.
3)
Menyatakan 2 nilai pengajaran yang terdapat
di dalam pantun dengan betul.
|
Pengisian Kurikulum :
|
i.
Ilmu – Pendidikan Muzik
ii.
Nilai – Yakin diri
iii.
KBT – KB : menjana idea
TKP : interpersonal
|
Sistem Bahasa :
|
Sistem
Bahasa : Tatabahasa – kata adjektif
Kosa
kata – terang, gembira, baik, tinggi
|
Bahan Bantu Belajar :
|
Lembaran Pantun
|
Pengetahuan Sedia Ada :
|
Murid pernah membaca pantun dua kerat
pada P&P yang lalu.
|
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Nota
|
Set
Induksi
(5 Minit)
|
Menaiki
Kenderaan
|
1.
Guru meminta seorang murid ke hadapan untuk membaca
satu pantun teka-teki.
2.
Murid-murid diminta untuk meneka jawapan
yang sesuai untuk pantun teka-teki yang diperdengarkan tadi.
3.
Bincang jawapan yang diberikan oleh murid.
4.
Guru menyatakan tajuk pelajaran pada hari
ini.
|
KBT
: menjana idea
|
Langkah
1
(15 minit)
|
Pantun
Nasihat
Bacaan
Mekanis
|
1. Guru mengedarkan
lembaran pantun kepada murid-murid.
2. Murid-murid
dikehendaki membaca pantun yang diedarkan tadi dengan senyap.
3. Beberapa
orang murid dipilih untuk membaca pantun di hadapan kelas.
4. Guru membincangkan
maksud pantun dalam sesi soal jawab dengan murid.
|
BBB : lembaran pantun
KBT : Berbahasa
Ilmu: muzik
Nilai: Kerajinan
|
Langkah
2
(5 minit)
|
Nyanyian
Rasa
Sayang
|
1.
Berpandukan lagu Rasa Sayang, murid diminta
menyanyikan pantun tersebut beramai-ramai sambil bertepuk tangan.
2.
Murid menyatakan perasaan mereka setelah
menyanyi tadi.
|
BBB
: lembaran pantun
Nilai
: kerjasama
|
Langkah
3
(20
minit)
|
Kata Adjektif
|
1.
Guru menerangkan tentang kata adjektif dan memberikan
contoh kata adjektif yang terdapat di dalam pantun.
2.
Guru meminta murid mencari beberapa kata
adjektif yang terdapat di dalam pantun.
3.
Beberapa orang murid diminta tampil ke
hadapan untuk menulis kata adjektif yang mereka dapat.
4.
Bincangkan jawapan murid.
5.
Murid diminta memberikan kata adjektif yang
lain.
|
BBB: lembaran pantun
Nilai : Yakin Diri
|
Langkah
4
(10
minit)
|
Latihan
|
1.
Murid dikehendaki membina ayat tunggal
berdasarkan kata adjektif yang telah dibincangkan tadi.
2.
Latihan ditulis didalam buku tulis
tatabahasa.
3.
Guru memberi bimbingan kepada murid yang
lemah dan kurang faham.
|
BBB: Buku
Aktiviti m/s 20
|
Refleksi/
Penutup
(5
minit)
|
Rumusan
|
1.
Guru berbincang dengan murid tentang nilai
pengajaran yang terdapat di dalam pantun.
2.
Guru merumuskan isi pelajaran.
|
KBT
: Menilai
|
Lampiran 1
Lembaran Pantun
Pantun Nasihat
Terang bulan nampak bercahaya,
Ceria gembira si anak muda;
Tabiat
membaca jadikan budaya,
Ilmu pengetahuan bertambah di dada.
Jasa
guru jangan dilupa,
Agar menjadi pelajar baik sempurna;
Dengan
nasihat ibu dan bapa,
Kelak menjadi manusia berguna.
Layang-layang
tinggi di awan,
Jatuh tersangkut di dahan jati;
Berhati-hati
memilih kawan,
Jangan nanti anda dikhianati.
Putih sungguh si anak angsa,
Berenang-renang di dalam paya;
Janganlah
lekas berputus asa,
Sekiranya adik ingin berjaya.
Rotan
dan buluh di buat titi,
Banyak di tanam di tengah halaman;
Berbudi
bahasa dan halus pekerti,
Tentu kita disenangi teman.
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ingin menekankan aspek tatabahasa iaitu 'kata adjektif'. Kekuatan yang di lihat dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah murid dapat menyatakan kata adjektif yang terdapat didalam pantun. Selain itu, murid juga dapat menyebut dan menyenaraikan beberapa lagi kata adjektif yang mereka ketahui. Ini mungkin disebabkan murid pernah diberi nota kata adjektif pada pelajaran yang lepas.
Ayat yang dibina oleh murid juga baik dan ada peningkatkan daripada pelajaran yang lepas. Murid membina ayat yang lengkap iaitu ada subjek dan prediket.
Kelemahan yang saya dapat lihat dalam pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah penggunaan huruf besar yang betul di dalam ayat. Saya nampak beberapa orang murid yang melakukan kesilapan tersebut. Murid tersebut menulis huruf besar di dalam perkataan. Contohnya 'buDaya' dan 'baPa'. Jadi perlu menegur murid tersebut dan membetulkan kesilapan yang dilakukan.
Pada pengajaran akan datang, saya perlu lebih teliti tentang masalah ini. Setiap kali membuat latihan menulis, saya perlu tekankan tentang penggunaan huruf besar yang betul. Murid yang dikenal pasti melakukan kesilapan tersebut akan diberi bimbingan dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kesilapan ini berulang lagi.
|
No comments:
Post a Comment