RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran :
|
Bahasa Melayu
|
Kelas :
|
Tahun Satu Bakawali
|
Tarikh :
|
6 Oktober 2011
|
Masa :
|
0750 – 0820 pagi
|
Tema :
|
Pertanian
|
Tajuk :
|
Kebun Sayur
|
Kemahiran :
|
Tatabahasa
|
Konsep :
|
Berunsur Maju
|
Bilangan Murid :
|
20 Orang
|
Standard Pembelajaran :
|
Fokus Utama
5.1.1
Memahami dan menggunakan kata nama am yang mudah dengan betul mengikut
konteks.
Fokus Sampingan
2.1.3
Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul.
|
Objektif Pembelajaran :
|
Pada
akhir pengajaran:
|
Pengisian
Kurikulum :
|
|
Sistem Bahasa :
|
Kata Nama Am
|
Bahan Bantu Belajar :
|
Gambar, Petikan, Kad Perkataan, Slaid MS Power Point dan Buku Aktiviti
|
Pengetahuan Sedia Ada :
|
Murid pernah pergi ke kebun dan melihat beberapa jenis sayur-sayuran
di rumah mereka.
|
Pendekatan Pengajaran :
|
Pendekatan Deduktif
ü Guru
memulakan pengajaran dengan memberikan generalisasi.
ü Murid
meneruskan pembelajaran berdasarkan generalisasi
ü Murid
akan mencuba membuat generalisasi
|
Fasa
|
Isi
Kandungan
|
Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti
Murid
|
|||
Permulaan/
Mencungkil idea
(3 Minit)
|
Pekebun
(memberi generalisasi)
|
1.
Guru
menunjukkan gambar kepada murid-murid.
2.
Guru
meminta murid menyatakan apa yang ditunjukkan di dalam gambar.
3.
Guru
menyatakan tajuk pelajaran
|
i.
Murid
melihat gambar yang ditunjukkan.
ii.
Murid
menyatakan apa yang terdapat di dalam gambar.
|
BBB: Gambar Pekebun
KBT : menjana idea
|
Menstruktur/ Menstruktur
semula
(15 minit)
|
Sayur-sayuran
Petikan “Kebun Sayur”
Bacaan Mekanis
Kata Nama Am
(Pemahaman terhadap
generalisasi)
|
1.
Guru
menayangkan slaid gambar.
2. Guru
memilih murid untuk menyebut nama sayur yang dilihat di dalam gambar tersebut.
3. Guru menunjukkan petikan di hadapan
kelas.
4. Seorang murid dipilih untuk
mengetuai bacaan petikan tersebut.
5. Guru berbincang dengan murid tentang
isi petikan tersebut.
6. Guru
menerangkan tentang kata nama am yang terdapat dalam petikan.
7. Murid
mengeja dan membaca semula kata nama am yang dipamerkan oleh guru secara
kelas.
|
i.
Murid
melihat tayangan slaid.
ii.
Murid
menyebut nama sayur.
iii.
Murid
membaca petikan tersebut.
iv.
Murid
mendengar penerangan daripada guru.
v.
Murid
mengeja dan membaca kad perkataan yang ditunjukkan.
|
BBB
: Slaid MS Power Point “gambar sayur-sayuran”
petikan “Kebun
Sayur”
Kad perkataan Kata Nama
KBT
: Berbahasa
Ilmu:
Kemahiran Hidup
Nilai: Kerajinan dan bekerjasama
|
Aplikasi Idea
(10 minit)
|
Mencatat maklumat
(murid membuat
generalisasi)
|
1.
Guru
meminta murid mengambil buku aktiviti dan melihat muka surat 30.
2.
Murid
diminta membaca dan memahami maklumat untuk membuat klasifikasi.
3.
Guru
menyuruh murid t mencatat maklumat untuk diklasifikasikan berdasarkan sayur
jenis buah dan sayur jenis daun.
|
i.
Murid
mengambil buku aktiviti masing-masing.
ii.
Murid
membaca maklumat dengan teliti.
iii.
Murid
membuat catatan untuk mengelaskan sayur jenis buah dan sayur jenis daun.
|
BBB : Buku Aktiviti
Jilid 2
KBT : Mengumpul dan mengelaskan
Nilai : Kerajinan
|
Refleksi/
Penutup
(2 minit)
|
Aktiviti suai padan
Rumusan
|
1.
Guru
menayangkan slaid aktiviti suai padan.
2.
Murid
dikehendaki menyelesaikan aktiviti tersebut.
3.
Guru
merumuskan isi pelajaran
|
i.
Murid
membuat aktiviti suai padan.
ii.
Murid
mendengar rumusan daripada guru.
|
BBB : Slaid MS Power
Point
KBT : Menyuai padan
|
Lampiran 1
Gambar Pekebun
Pekebun |
Lampiran 2
Slaid MS PowerPoint
“Sayur-Sayuran”
Lampiran 3
Slaid MS PowerPoint
Kebun sayur
Ini kebun sayur.
Ini kebun sayur datuk saya.
Saya suka tolong datuk
di kebun
sayurnya.
Di kebun sayur datuk saya ada kobis, kacang
panjang, tomato, dan kangkung.
|
Lampiran 4
Kad perkataan “Kata Nama Am”
kobis
|
tomato
|
datuk
|
kacang panjang
|
kangkung
|
Lampiran5
Latihan dalam Buku Aktiviti Bahasa Malaysia Jilid 2 m/s 30
Refleksi
Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini berjalan seperti yang dirancang. Pada hari ini, suara saya jelas telah memudahkan murid mendengar dan membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Oleh itu, ia memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Arahan yang jelas
merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid
faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan
susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian
guru berkenaan isi pelajaran.
Bahan
Bantu Mengajar yang saya sediakan juga dapat menarik perhatian murid
untuk fokus terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan. Contohnya
gambar 'pekebun' telah memberi kesan untuk meneruskan isi pelajaran.
Slaid MS powerpoint tentang gambar sayur juga membantu saya agar murid
terus menumpukan perhatian dan faham tentang tajuk yang disampaikan.
Tetapi kelemahan yang saya nampak dalam P&P kali ini ialah bahagian penutup. Saya rasa tidak sesuai 'jigsaw puzzle'
yang digunakan kerana murid tidak dapat melibat diri secara aktif dalam
aktiviti ini. Murid lebih banyak melihat kerana guru yang melengkapkan 'jigsaw puzzle'
tersebut. mungkin pada masa akan datang, saya perlu membuat 'puzzle'
yang dibuat daripada kad, agar murid dapat melengkapkannya sendiri.
Aktiviti pembeljaran yang menarik dan masih boleh diperbaiki.
ReplyDelete