Khazanah Bahasa




KATA ADJEKTIF

1.     JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, keadaan atau perbuatan. Ada sembilan jenis kata adjektif


Jenis Kata Adjektif
Contoh penggunaan dalam ayat
Kata Adjektif Sifatan / Keadaan

baik, tegak, gopoh, pandai, takut, sihat, kasar, lemah, licin, garang, condong
  • Murid yang pandai itu telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis puisi.
  • Kita hendaklah selalu bersenam supaya badan kita sihat.
  • Pak Cik Halim seorang pekebun yang baik hati.
                   
Kata Adjektif Warna

biru, putih, ungu, jingga, merah, hijau

  •  Ayah memandu kereta berwarna merah.
  •  Adik suka telefon mainan berwarna kuning.
  • Kulit buah manggis berwarna ungu.

Kata Adjektif Ukuran

kecil, panjang, tebal, tinggi, rendah, pendek, besar, nipis

  • Satu milimeter lebih pendek daripada satu sentimeter.
  •  Amira lebih tinggi daripada Azira.
  • Rumah Huda besar dan cantik.
Kata Adjektif Bentuk

bujur, lurus, bengkok, tirus, bulat, lonjong, kemik, leper, tajam
  • Bola keranjang berbentuk bulat.
  • Pinggan yang leper itu tidak sesuai untuk mengisi sup.
  • Pisau yang baru diasah oleh ayah sungguh tajam.

Kata Adjektif Jarak

jauh, hampir, dekat, rapat


  • Hotel Perdana terletak tidak jauh dari pantai.
  • Malia mendirikan khemah hampir dengan anak sungai.
  • Aliff berkawan rapat dengan Haikal sejak kecil.

Kata Adjektif Waktu

lama, baru, segera, silam, lambat, cepat
  • Adik berasa seronok kerana ibu telah membelikannya sepasang kasut baru.
  • Pak Busu suka mendengar lagu-lagu lama nyanyian Saloma.
  • Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera.
  •  
Kata Adjektif Perasaan

kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang
  • Kamal gembira kerana berjaya menjadi pemidato sekolah.
  • Nani amat menyayangi adiknya.
  • Rizal kecewa kerana gagal dalam peperiksaan.
Kata Adjektif Cara

deras, laju, sering, lincah, perlahan, segera
  • Air sungai mengalir dengan deras selepas hujan turun dengan lebatnya semalam.
  • Tindakan yang segera daripada pihak bomba telah menyelamatkan rumah itu.
  •  Kura-kura bergerak sangat perlahan
Kata Adjektif Pancaindera

pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan
  • Halim tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu.
  • Kemerduan suara penyanyi itu telah memukau semua penonton.
  • Kek coklat itu sungguh enak dan manis.