P&P Thn 1 Didik Hibur



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran :
Bahasa Melayu
Kelas  :
Tahun Satu Bakawali
Tarikh :
16 Jun 2011
Masa :
0750 – 0850 pagi
Tema :
Keselamatan
Tajuk :
Hati-hati di Jalan Raya
Bilangan Murid :
39 Orang
Standard Pembelajaran :
Fokus Utama
4.1.1 Menyebut senikata lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

Fokus Sampingan
2.3.1 Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Objektif Pembelajaran :
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

i.                     Menyebut senikata lagu dengan jelas
ii.                   Membaca kuat ayat tunggal dengan sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum :
         i.            Ilmu – PKJR
       ii.            Nilai – berhati-hati, berhemah
      iii.            KBT – Visual Ruang

Sistem Bahasa :
Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am
Bahan Bantu Belajar :
Seni kata lagu, gambar, lembaran kerja, kad ayat tunggal, carta lagu
Pengetahuan Sedia Ada :
Murid pernah pergi menggunakan alat pengekang apabila menaiki kereta bersama keluarga.







Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan

Set Induksi
(3 minit)

Berpimpin tangan
1.   Guru sekeping gambar di hadapan kelas.
2.  Guru bersoal jawab berdasarkan gambar yang dilihat.

BBB: gambar

Langkah 1
(10 minit)

Nyanyian ‘Berhati-hati Di Jalan Raya’
1. Guru menayangkan senikata lagu “Sayang Semua"
2. Guru membimbing murid menyebut senikata lagu tersebut.
3.    Guru memperdengarkan murid dengan lagu itu.
4.  Guru dan murid menyanyi bersama-sama dengan iringan muzik.

BBB: Carta Lagu,
CD lagu


Nilai : Berhati-hati

Langkah 2
(10 minit)

Simulasi Memandu Kenderaan Di Jalan Raya

1.       Murid yang dipilih melakukan simulasi berdasarkan kad aktiviti yang disediakan.
2.       Murid lain meneka aksi-aksi yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka.
3.       Bincangkan aksi-aksi tersebut.

BBB: Kad Aktiviti
Lampiran 1

KB: Mentafsir

Nilai: Berhemah

Langkah 3
(10 minit)

Kata Nama Am
1.       Guru mengedarkan kad ayat tunggal kepada setiap murid.
2.       Guru membimbing murid membaca ayat dengan sebutan yang betul.
3.       Murid diminta membaca ayat dengan sebutan yang betul secara individu, kumpulan dan kelas.
4.       Murid menggaris dan menyebut kata nama am yang terdapat dalam ayat.

BBB: Kad Ayat Tunggal

Nilai: Rajin

Langkah 4
(10 minit)

Latihan
1.       Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2.       Guru membimbing murid cara menjawab soalan.
3.       Murid membuat latihan tersebut.

BBB: Lembaran Kerja
Penutup
(2 minit)
Rumusan
1.       Guru dan murid membuat rumusan isi pelajaran.

Nilai: Berhati-hati


Lampiran

 Gambar Berpimpin Tangan











Kad Ayat Tunggal

KAD 1
Lampu isyarat ada tiga warna.
KAD 2
Gunakan jejantas untuk melintas jalan.
KAD 3
Bapa sedang memandu kereta.
KAD 4
Jalan raya itu sibuk.



Kad Arahan
  


ARAHAN 1 :
AWAK DIMINTA MELAKONKAN AKSI SEORANG LELAKI SEDANG MENUNGGANG MOTOSIKAL.

ARAHAN 2 :
AWAK DIMINTA MELAKONKAN AKSI MEMANDU KERETA DENGAN LAJU.

ARAHAN 3 :
AWAK DIMINTA MELAKONKAN AKSI MENGAYUH BASIKAL.

ARAHAN 4 :
AWAK DIMINTA MELAKONKAN AKSI SEORANG LELAKI SEDANG MENUNGGANG MOTOSIKAL




Lembaran Latihan

Nama : ____________________
Kelas  : ____________________

§  Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai.













jejantas
 


motosikal
 


lampu isyarat
 




merah
 


topi keledar
 
 









1.     Gunakan ________________ untuk melintas jalan.

2.    Kita hendaklah berhenti apabila lampu isyarat bewarna _____________.


3.    Penunggang motosikal hendaklah memakai ___________________.


4.    _______________ ada tiga warna.


5.    Bapa membeli sebuah ____________________ baru.




Refleksi

Aspek didik hibur memang memberi kesan yang positif setiap kali mengajar bahasa. Murid-murid seronok apabila diberi peluang menyanyi. Keseronokan ini akan dapat memberi kesan dalam pembelajaran yang seterusnya, di mana murid dapat menumpukan perhatian ddengan baik. Di samping itu, murid-murid juga dapat menggerakkan badan agar tidak lesu di dalam kelas. Itulah yang berlaku di dalam P&P kali ini. Murid-murid bertepuk tangan mengikut muzik dan lagu yang dinyanyikan tanpa disuruh oleh guru. 

Apabila aktiviti membuat aksi, murid berasa teruja untuk mencuba. Setiap murid  ingin mencuba, tetapi hanya beberapa orang yang berpeluang untuk membuat aksi. Namun murid yang tidak dapat peluang, mereka masih lagi berasa gembira kerana dapat meneka akis yang ditunjukkan oleh rakan mereka.

Namun begitu penggunaan papan tulis tidak banyak digunakan. Saya hanya menggunakan carta dan kad ayat pada kali ini. Tidak ada aktiviti menulis di papan tulis. Mungkin pada masa akan datang, saya akan meminta murid menulis ayat di papan tulis ataupun saya sendiri akan memberikan contoh-contoh lain dengan menulis di papan tulis.






 

No comments:

Post a Comment