RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran :
|
Bahasa Melayu
|
Kelas :
|
Tahun Tiga Bakawali
|
Tarikh :
|
23 September 2011
|
Masa :
|
0850 – 0920 pagi
|
Tema :
|
Keselamatan di Jalan Raya
|
Tajuk :
|
Alat Pengekang Dan Kepentingannya
|
Bilangan Murid :
|
36
Orang
|
Standard Pembelajaran :
|
Fokus Utama
8.1 Aras
3 (i)
Aras 3
i.
Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang
lengkap.
Fokus Sampingan
4.1
Aras 3 (i)
Aras 3
i.
Menghuraikan pandangan yang dikemukakan
dengan memberikan alasan yang munasabah.
|
PKJR :
|
6.2.5
|
Objektif Pembelajaran
:
|
Pada
akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
1)
Membina 4 ayat tunggal dan ayat majmuk yang
lengkap berdasarkan permerhatian langkah uji kaji yang dijalankan.
2)
menghuraikan pandangan tentang kepentingan
menggunakan alat pengekang dengan mengemukakan alasan yang munasabah.
3)
menyatakan akibat daripada penggunaan alat
pengekang dan akibat tidak menggunakan alat pengekang.
|
Pengisian Kurikulum :
|
i.
Ilmu – Pendidikan Moral
ii.
Nilai – bertanggungjawab
iii.
KBT – KB : membuat hipotesis
TKP : interpersonal
|
Sistem Bahasa :
|
Sistem
Bahasa : Tatabahasa – kata nama
Kosa
kata – kapsul bayi
– alat pengekang
|
Bahan Bantu Belajar :
|
Kad
Imbasan Gambar, Kad Rahsia, pensel, kotak pensel, buku teks, pita pelekat.
|
Pengetahuan Sedia Ada :
|
Murid pernah pergi menggunakan alat
pengekang apabila menaiki kereta bersama keluarga.
|
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Permulaan/
Mencungkil
idea
(3 Minit)
|
Menaiki
Kenderaan
(memberi
generalisasi)
|
1.
Guru meminta seorang murid ke hadapan untuk
membuat aksi yang di catat dalam kad rahsia.
2.
Guru menyatakan tajuk pelajaran
|
1.
Murid-murid melihat aksi yang ditunjukkan
oleh rakan mereka dan cuba meneka apa yang sedang dilakukan.
|
BBB:
Kad Rahsia
KBT
: menjana idea
|
Menstruktur/
Menstruktur semula
(10 minit)
|
Alat
Pengekang
Bersoal
Jawab
|
1. Guru
membimbing murid memahami maksud alat pengekang dan jenis-jenisnya.
2. Guru
mengemukakan soalan tentang alat pengekang
Contoh:-
• Apakah
yang anda tahu tentang alat pengekang?
•
Bolehkah anda nyatakan contoh alat pengekang?
•
Siapakah yang menggunakan alat pengekang
tersebut?
• Di
manakah alat pengekang itu digunakan?
•
Bagaimanakah alat pengekang tersebut digunakan?
|
1.
Murid menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru.
|
BBB : Kad Imbasan Gambar
KBT : Berbahasa
Ilmu: Kemahiran Hidup
Nilai: Kerajinan dan bekerjasama
|
Aplikasi
Idea
(15 minit)
|
Membuat
Ujikaji
|
1.
Guru meminta murid berada dalam dua
kumpulan.
2.
Kumpulan satu membuat ujikaji: Letakkan 3 batang
pensel di bahagian atas kotak pensel. Kemudian, tolak kotak pensel ke arah
buku teks yang dipegang menegak 30cm di hadapan.
3.
Kumpulan dua membuat ujikaji: Lakukan uji
kaji sama seperti kumpulan satu tetapi dengan melekatkan pensel-pensel pada bahagian
atas kotak pensel dengan menggunakan pita pelekat.
4.
Guru menyuruh murid membincangkan hasil
pemerhatian mereka.
5.
Guru meminta murid membina ayat untuk
melengkapkan latihan dalam buku aktiviti (m/s 20)
|
1.
Murid masuk ke dalam dua kumpulan.
2.
Murid membaca arahan ujikaji dengan teliti.
3.
Murid membuat ujikaji dan membuat
pemerhatian atas hasil ujikaji tersebut.
4.
Murid berbincang dengan memberi pandangan
tentang kepentingan memakai alat pengekang.
• Alat
pengekang seperti tali pinggang keledar membantu menahan penumpang jika
kenderaan berhenti secara tiba-tiba atau apabila berlaku kemalangan.
• Alat
pengekang membantu mengurangkan
tahap
kecederaan.
• Alat
pengekang meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.
5. Murid
membina ayat berdasarkan pemerhatian.
|
BBB
: pensel, kotak pensel, buku teks, pita pelekat.
Buku
Aktiviti m/s 20
KBT
: memerhati
Nilai
: kerjasama
|
Refleksi/
Penutup
(2
minit)
|
Rumusan
|
1.
Guru berbincang dengan murid tentang
kepentingan alat pengekang.
2.
Guru merumuskan isi pelajaran
|
i.
Murid berbincang tentang kepentingan alat
pengekang.
ii.
Murid mendengar rumusan daripada guru.
|
KBT
: Menilai
|
Lampiran 1
Kad
Imbasan Gambar
Lampiran 2
Latihan
Refleksi
Kekuatan yang terdapat di dalam pengajaran pada kali ini ialah murid dapat melibatkan diri di dalam ujikaji yang dijalankan. Murid-murid teruja untuk membuat ujikaji tersebut.Tetapi saya arahkan agar mereka membuatnya di dalam kumpulan untuk meningkatkan sikap kerjasama antara mereka. Mereka akur dan melakukannya dengan baik sekali. hasil ujikaji yang dijalankan dapat dilihat oleh semua murid dan mereka faham apa yang berlaku. Selain itu, murid juga dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan tentang alat pengekang berbantukan kad imbasan yang ditunjukkan di hadapan kelas.
Kelemahan yang saya nampak pada pengajaran dan pembelajaran pada kali ini ialah kawalan kelas. Murid-murid bising apabila melakukan aktiviti berkumpulan. Guru perlu mengarahkan beberapa kali dan menggunakan suara yang tinggi kerana murid asyik dengan mengambil bahagian dalam melakukan ujikaji.
Masalah ini mungkin dapat diatasi pada masa akan datang dengan membuat beberapa kumpulan kecil agar semua murid dapat terlibat secara langsung alam menjalankan aktiviti. Lagipun kelas ini memang kelas yang cerdas jadi mereka mudah menerima arahan dan melakukannya dengan baik.
No comments:
Post a Comment